Tuesday, November 10, 2009

kalistenik...

10 nov---
9.00 pg kelas en. halim...
masih tajuk pengurusan stress...senaman kecergasan kalisnetik...demo kat bilik santaian...
semua happy...mesy. pasal geran. buku dsm4 ..ptg...cari bahan untuk internship 2...

Monday, November 9, 2009

reputasi...dan....realiti....dimana aku berada.

minggu 4---
antara reputasiku...dan
realitinya......harus sedar dimana aku berada.... dan kemana hala tuju ku sebenarnya.....

fikir dulu sebelum buat......

minggu 3---
dalam kekalutan terlupa hak dan batasan individu...maka tercetus dan tergurislah...ada hikmahnya...

anda rasa tertekan ya...

minggu 2---
sudah terasa byk tugasan dan mula rasa tertekan....

bahang...penggal 2

bermula dgn minggu pertama---
hari isnin--- kelas prof mohd zaidi, permulaan yang baik...

permulaan penggal 2....

start penggal 2 dgn semangat yg baru dan azam untuk memperbaiki kesilapan penggal 1 yg telah pun berlalu.......

cuti penggal 1

lepas habis exam semua happy---
siap sedia untuk balik kg...

Saturday, October 3, 2009

final exam....

05 oktober
10 pagi Agama dan pemulihan
12.oo kaunseling

06 oktober
farmakologi
isu-isu penagihan dan rawatan dadah

pengorbanan...

03 Oktober
7.00 pagi--
karnival prasekolah zon gerik selatan...aku tidak dapat bersama...
7.00 malam---
Amat akan pergi ke U Alex semula..semua ahli keluarga ada di KLIA...tapi aku tidak ada bersama...

apakah ini satu pengorbanan...

Monday, September 14, 2009

KETAMAKAN MENJADI PUNCA....TRAGEDI...

LEPAS KELAS SIAPKAN APA YG PATUT DULU...DAH SIAP SEMUA BERANSUR BALIK KE RUMAH....SAMPAI DIRUMAH...REHAT JAP...PETANG PEGI BELI JUADAH BERBUKA.....ALANGKAH BAIKNYA JIKA MINGGU LEPAS BEGINI....TAPI OLEH KERANA KETAMAKAN DAN RIAK MAKA TERIMALAH HABUANNYA....SYUKURLAH..MASIH SELAMAT DAN SIHAT...AMIN..

present kertas kerja dan program lawatan...

14 september
10.00 pagi---present program lawatan pusat rawatan baitul taubah....oleh tok penghulu---present cadangan kertas kerja program 3 hari 2 malam oleh aku...banyak yg perlu diperbaiki..

geran aadk projek 60 k...australia kite...wei

10 sept
9.00 pagi siapkan proposal gran aadk....1.30 petang kelas en. halim....modaliti pusat rawatan pemulihan dadah...balik kg ambil orang kpm laun pindah...rm lagi..syukur..

kajian kat times square...imbi

2.00 ptg---satu tugasan kajian lapangan kami jalankan(aku din hairy dan loh) kat times square....
jumpa counter customer servise dapat 3 responden...en. wahab pegawai keselamatan...ok tapi ben ko...loh panas betoi
kat imbi pula loh jumpa mamak utk jadi responden....survey lap top...belilah lenovo 10 inchi yang diidamkan selama ini....

final test of pharmacology

9 sept
9.30 pagi--test farmakologi macam biasa 10 soalan ---betul semua...tahniah...

rakaman semula sesi dengan khalid

8 sept
9.00 pagi kelas prof saedah---12.00 rakam semula sesi dengan khalid.tq

Wednesday, September 9, 2009

peristiwa di bazar ramadhan

4.30 petang habis present profil, semua pelajar balik ke rumah, aku pun ingin pulang tetapi sebelum pulang aku akan pergi ke bazar untuk beli juadah berbuka puasa...

presentation profil pelatih....

7 sept
10.00 pagi

kelas agama dan pemulihan---presentation profil pelatih....

kembai ke condo pandan...

6 sept
5.30 ptg
kembali ke pandan condo...

dugaan....cobaan...ish,ish....ish

4 sept
9.00 pagi
kajian lapangan intership 1---kutipan data bagi soal selidik

kat tm point---sangat lambat--datang lagi 30 minit.
kat tnb---langsung tak buat apa lagi...
kat th---pegawai tak ada....
kat mdg---datang petang
kat ppd ---pegawai dah keluar...
sabor je lah yob...

new project....research with aadk

3 sept

9.00 pagi kelas dr. halim---dapat tugasan baru projek kajian dengan aadk

neorologi dan presentation

2 sept
9.30 kelas farmakologi---tajuk neurologi by dr. nazrul shuib

2.00 ptg presentation farmakokinetik dadah

Tuesday, September 1, 2009

cobaan..good attemp...

1 september
9.00 pagi
hujan lebat...sedapnya tidor...tapi kena pergi kelas juga.....kelas prof saedah...sambungan MET... pukul 11.00 pagi ada review sesi kaunseling individu yang dirakam minggu lepas....banyak lagi yang kurang... perlu diperbaiki...untuk menjadi seorang kaunselor yang baik kena belajar dari kesilapan...biar silap masa belajar boleh diperbaiki...jangan silap masa dah habis belajar menyesal tak sudah...yakin boleh cuba lagi...anda mampu melakukannya..

merdeka...merdeka..merdeka..

31 ogos
1 Malaysia---rakyat didahulukan---pencapaian diutamakan....tema hari kebangsaan ke 52....thn ni rehat je kat rumah....pegi pasar beli barang untuk dimasak berbuka nanti...ptg dah nak ke kl...teruskan pengajian....ada sedikit kekurangan tapi tak tahu dimana...

shopping raye...wei

30 ogos
10.00 pagi
ayah, ibu, kakak,kak ngah dan abang.... pergi ke jj ipoh untuk beli baju raya....raya sakan tahun ni..

majlis Berbuka....dan moreh..

29 ogos
kat gerik

majlis berbuka puasa anjuran belia dan pemuda....mcm biasa aku bahagian sambutan dan protokol....

wakil dari pejabat belia dan ketua pemuda bahagian lenggong turut hadir dalam majlis ini...

satu program tahunan yang patut diteruskan...

Friday, August 28, 2009

Kajianku....

28 ogos
9.30 pagi
dengan niat untuk membuat kajian tentang tahap kesedaran terhadap penyalahgunaan dadah di tempatkerja dalam organisasi/institusi..........

abang tolong beli ikan baung dan timun untuk masak berbuka nanti...itulah pesanan terakhir yang ku dengar sebelum ku melangkah ke luar rumah...

aku terus ke kedai photostat untuk xerox borang soal selidik sebanyak 50 set....sampai dikedai...tutup lagi....amboi 9.30 pagi belum buka lagi...hebat gerik la ni. pukul berapa buka...

aku terus ke market untuk beli apa yang dipesan tadi....dah beli semua..sambung balik kerja di kedai photostat tadi...semuanya rm10 cikgu...ok..tk..

sasaran pertama ku ialah TM so aku park kereta mem aku kat tepi TM terus masuk dan jumpa staff di kaunter dukacita dimaklumkan pegawainya telah meninggal yang ada hanya pemangkunya sahaja...ok lah janji boleh jumpa...setelah sesi perkenalkan diri selesai maka sesi interview pun bermula tengah-tengah interview ada org panggil dia ada hal kat kaunter so diganti oleh ABIDAH...setelah selesai....terus ke TNB....ok very profesional session...pastu pegi Tabung Haji...agak kalut sebab ramai orang tapi matlamat berjaya...

PTK...

27 ogos
10 orang pelajar spada menduduki ptk (cikgu semua)...ada yang p1 umum & khusus ada yang p2...p3 tak pasti..tapi Tok Penghulu dah ambil awai lagi selasa 25 ogos yang lalu..tapi dg44 punya...otai..tu...

semoga semua berjaya dapat 4 lah ye...berkat ramadhan tahun ni...

Tuesday, August 25, 2009

toksitsiti....tutoran 3....

26 ogos
9.30 pagi
kuliah farmakologi... oleh Dr. Azman...agak menarik cuma sangat teknikal...terutamanya persamaan dan graf...aku cuba untuk memahami....perlu lebih faham agar tutoran 4 nanti mudah dijawab....tq Dr...

2.30 ptg---tutoran 3 semoga dapat yang terbaik....amin.....

Dr. Nur Azlina kembali mengawasi kelas tutoran....line clear....

3.00ptg---keputusan dah diketahui pada mulanya aku dapat 8 je...frust jugak pasal target 10...luckyly masa semak ada pembetullan...akhirnya capai juga target....yakin boleh...buat rakan-rakan teruskan usaha...yang baik itu dr Allah...kita harus menerima kelemahan diri kita seadanya kita hanya hambaNya...

MET....

25 ogos
9.00 pagi

kelas prof saedah...kaunseling khas untuk penagih dadah...
memandangkan nota dan rujukan dalam bahasa inggeris maka semua kena baca dalam english---
bakat-bakat terpendam sebagai pembaca berita tv2(english version)tv3 (night line)...
apa pun semua ok b.i kbsm/kbsr.reading skills---lulus.

2.00ptg---rakaman sesi kaunseling individu....menarik dimana baru belajar bagaimana mengendalikan client secara individu...gabra jugak...control depan kamera...ewahhh.

3.30 ptg---kelas ganti en. abd halim---pasal modul---pasal intership 1- work place--quentionaire....esok kelas pukul 9.00 pagi...

FORUM ANTARA AGAMA: SATU ANALISIS...

24 ogos
9.00 pagi
dewan spada
3 ahli panel

program forum antara agama telah diadakan di spada, wakil dari agama hindu dr.balakrishnan, agama buddha en. tan dan mr. elvie mewakili agama kristian...

mc--boss spada dan pn. marzita--doa ustaz mohd khazani--aku moderator--dan semua ajk yg menjayakan forum ini...

program berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan seperti yg dirancangkan....
jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan dan penasihat program ustaz muhammad khairi bin mahyuddin juga berpuas hati dengan program yang dijayakan ini. tahniah semua....

Selamat Menyambut Ramadhan....

22 ogos ---1 Ramadhan 1430 Hijrah

Syaaban berlalu....kini Ramadhan menjelma...diawalnya kebebasan dari api neraka pertengahannya keampunandan penghujungnya seribu Rahmat.....

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SPADA 2009...
SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI MEMBERI SUMBER KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN DAN CABARAN YANG MENDATANG...AMIN.

khabarnya...ketua program dikuarantin......

En Abd Halim Mohd Hussin---Ketua Program SPADA telah diarahkan untuk tidak bertemu orang ramai kerana keadaan kesihatan yang tidak memuaskan...

Kami warga spada amat dukacita dengan khabar ini dan kami semua mendoakan semoga ketua program akan cepat sembuh dan boleh kembali semula ke spada, khususnya dan usim umumnya..amin..

interkasi dadah....farmakologi kuliah 5

19 ogos
9.30 pagi
dr. Nur Azlina Mohd Fahmi menyampaikan kuliah tentang interaksi dadah....

2.30 petang--sesi pembentangan...Dr. Kamisah Yusof dan Dr. Norazlina Muhammad--juri profesional--aku jadi mc je--

1. mohd basiran
2.haslinda nur
3.ahmad nasrudin
4.hazlinda husin
5. malik abd muluk
6. zunita

sesi pembentangan berjalan lancar tapi agak menggerunkan aku sebab kena well prepared kalau tidak masak...

*************pengumuman kelas untuk esok batal.........

sesi fish bowl....hotnya bowl...

18 ogos
10.00 pagi
bilik kaunseling berkelompok
sesi kaunseling pertama: client--mohd rozi--kaunselor--azhari--prof saedah--penyelia kaunselor....
satu contoh sesi kaunseling individu yang agak menarik tetapi kes client agak serius maka prof saedah take over dr azhari....good lesson..my comment only..

sesi kaunseling kedua: client--basiran--kaunselor khas asmawati--tanpa penyeliaan---

satu sesi yang penuh emosi dimana client meluahkan perasaan dengan seikhlasnya tanpa rasa sangsi dan emosi in dikongsi bersama semua rakan yang berada dalam sesi ini....

tahniah kepada puan kaunselor puan.asmawati kerana telah berjaya menunjukkan satu contoh yang terbaik(bagi aku) dalam sesi kaunseling individu....wa caya lu...

sesi tambahan/extra: tanpa client dan kaunselor cuma moderator prof saedah...

sesi berkisar kepada muhasabah diri dan luahan perasaan semua rakan spada terhadap setiap aktiviti/program serta penglibatan semua dalam tempoh sebulan berada di spada ini.

sesi bertambah ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi hubungan antara sesama ahli spada dan diharapkan semua akan bertambah erat dan saling memahami antara 1 sama lain, sebagai timbalan presiden hanya yang terbaik diberikan dan sentiasa memberikan yang terbaik...segala kekurangan dan kelemahan itu amat dikesali dan akan berusaha untuk memperbaikinya lagi...

Monday, August 17, 2009

destinasi terakhir...

16 Ogos...
3.00 petang...kami tiba di simpang ke PRI1M....
naik van dan kereta...myvi dipandu oleh anak tuan guru...
tiba di sebuah banglow....tersergam indah...bagai satu semangat baru untuk meneruskan perjuangan...

harapanku...

dengan harapan yang begitu melangit
dengan harapan yang akan membanggakan
dengan harapan yang memberi seribu kenangan
dengan harapan yang begitu terindah kenangannya............
....
itulah ketentuannya.......punah...pedih....serik....

Wednesday, August 12, 2009

KITA KE UTARA PULA>>>

14 Ogos...
3.00 petang...

Warga SPADA akan ke Utara pula.................

Pasal H1N1.......sama-sama kita berdoa agar kita semua dilindungi.......
Semoga perjalanan kita pergi dan balik semuanya selamat...amin...:)

Second Test for Subject Pharmacology...

12 Ogos...

9.30 pagi...21 orang pelajar (Haslinda Husin and Amran absent)

Ujian kali ke dua subjek farmakologi....

Dr. Khamisah jadi pengawas dan pemeriksa...

10 soalan - 7 aneka pilihan sampai e dan 3 soalan hubungan....


Selepas 25 minit semua dah siap menjawab....

Keputusannya ramai yang kurang memuaskan....
Aku dapat 10/10 ...syukur Alhadulillah...akhirnya dapat juga markah penuh....
Sekalung Tahniah kepada Tok Penghulu Basiran yang masih menjadi best student dan Hairi yang juga mendapat markah 10/10 pada test kali ini...
Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan....

Tuesday, August 11, 2009

test oh test.....

farmakologi----test---present----tutorial
laporan lawatan---baitul tubah---profil pelatih(anak bina)---kertas kerja program 3 hari 2 malam
laporan isu-isu penagihan----sekolah---komuniti--keluarga---tempat kerja---combat---prevent 09

6 Langkah untuk Memantopkan Aqidah...

1.Talqin - (pengajaran ilmu) tentang aqidah.

2.Hifz - (penghafalan) mengingati ajaran aqidah.

3.Fahm - (kefahaman) tentang ajaran aqidah.

4.‘Itiqad - (mengikat) dengan ajaran aqidah.
5. I’qan - (keyakinan) terhadap ajaran aqidah.

6. Tasdiq bihi - kebenaran mutlak terhadap ajaran aqidah.
****pastikan diingati supaya dapat dijawab dalam exam nanti....good luck!

H1N1 FEVER......

AWAS.....
MINGGU INI BANYAK KES INFLUENZA A H1N1 MELANDA NEGARA KITA ....

banyak nyawa yang terkorban yang muda yang kecil banyak menjadi mangsa...wahai pihak yang berwajib buatlah sesuatu agar virus yang melanda ini dapat dihapuskan dengan segera.......
ketika negara bergolak dengan pelbagai isu...jangan lah dilupakan rakyat kini dalam ketakutan....maut kian menghampiri..........

TAARUF SESSION AT MAIN CAMP

11 Ogos ...

6.00 pagi dah bangun...semangat nak pegi main camp.....

7.20 pagi bertolak dari Pandan Indah Campus....sempat tidor dalam bas lagi...he..he..

8.30 pagi sampai di Library USIM....terus ke tingkat 4 untuk
registration..dapat beg dari Centre For Graduate Studies...

Taklimat oleh Dean of CGS Yang Berbahagia Professor Dr. Bachok M Said...

Ucapan perasmian oleh Timbalan Naib Censelor (Akademik dan Antarabangsa) USIM.

Head of SPADA Programme pun datang Dr Abd Halim...

Sesi bergambar dengan perasmi...

Minum pagi..

Sesi taklimat oleh Prof Bachok tentang academic writing / research...

Sesi taklimat oleh Jabatan Imigresen...

Makan tengah hari...

Balik ke usim pandan indah semula...

Monday, August 10, 2009

VICTORY HOUSE....

10 ogos...

2.00 ptg bertolak dari usim

3.30 ptg baru sampai di Semenyih...sesat tak tau jalan ....

Aturcara lawatan:

sesi taklimat... bersama wakil pengurusan rumah victory.


sesi soal jawab....

sesi ramah mesra dengan penghuni...

sesi lawatan yang wajib bilik detox...gereja tempat worship...

kebun sayur...

penyampaian cenderamata dan sedikit sumbangan ikhlas dari SPADA, USIM...
oleh tok penghulu...yang sentiasa maintain...dan last sekali sesi bergambar.



Gambar kenangan bersama Mr. Willy, Pengetua Victory House.



Wednesday, August 5, 2009

PT FOUNDATIONS.....

6 Ogos.....
9.00 pagi berkumpul di USIM Pandan indah...

Bertolak ke Kuala Lumpur...naik coaster USIM dipandu oleh En. Khair...


Kenangan dengan Hairi....Gerik Mali...ho yeh!



mula-mula pergi ke PT FOUNDATIONS.....macam biasa mesti sesat dulu baru jumpa...

taklimat tentang hiv aids oleh en Manis




disambung pula oleh MR. CLAYTON..... tentang PT Foundation dan informasi tentang masalah aids di malaysia...





kemudian terus ke RUMAH IKHLAS....drop in centre for drug user....

taklimat oleh En. Kamaruddin dan En. Zulkifli...



kembali semula ke spada usim pandan indah campus......tersaNGAT LAH
PENATNYA.....

Sunday, August 2, 2009

first test farmakologi...

5 ogos 2009
2.30 petang
bilik kuliah
12 orang pelajar
telah menduduki ujian pertama dalam farmakologi....
dr. norliza jadi pengawas dan pemeriksa...
10 soalan - 7 aneka pilihan sampai e dan 3 soalan hubungan....
selepas 10 minit semua dah siap..
keputusannya aku dapat 8/10...
syukur dan rasa lega serta ingin mencuba lagi pada ujian yang akan datang kalau boleh nak rasa dapat 10/10....
tahniah kepada tok penghulu Basiran , wong dan lan yang mendapat markah tertinggi 9/10 pada test kali ini sekian dulu...jumpa lagi..

LAWATAN ILMIAH KE PANTAI TIMUR

kenangan di dalam bas...bersama azahari..untuk ke GEHA BODHI...



kenangan di papan tanda ke Geha Bodhi...










sesi mendengar taklimat dan testimoni dari pengurus dan penghuni Geha Bodhi...










kami kumpulan fan..tas..tic..4 sedia beraksi...









Lawatan ke Pusat Khidmat AADK Kuantan pule...bersama penghulu...khusyuk mendengar taklimat daripada pegawai AADK Kuantan Pn.Ainun.

Tuesday, July 28, 2009

dapat jaket baru...

Hari ni kelas prof james....councelling approach....theory of reallity...dan 2 tiga approach lagi untuk pemulihan penagih dadah...


Pada Tgh hari dapat jaket boss classic warna hitam dari pembekal syarikat konsaltan mohd Loji...saiz aku biasa la 3xl....(kena tambah rm5 lagi..beso sangat)

2.30 petang...kelas En.Halim....dasar dadah negara...memang best...siap gelak2...tapi yang penting apa yang disampaikan itu dapat difahami...hidup En. Halim!!!..

good news...dapat elaun internship...ikut jumlah hari dalam sem ni termasuk hari sabtu....sehari rm 12.00 times 20 hari equal $$$$$$

sebutharga untuk ke sydney dan melbourne...akan diuruskan oleh konsultan mohd Loji juge...Ke Australia kita tahun depan...naik kanggarooo weh..

Monday, July 27, 2009

lawatan ke usim nilai

27 julai 2009

bangun 6.00 pagi

7.30 dah sampai spada

8.30 start ke nilai main campus usim

jemmmmm

9.50 baru sampai

disambut oleh en. abd halim ketua program spada

terus ke bilik mesyuarat utama... besar dan luas..

sesi ucapan aluan en syafaat...dan deputy dean FKP usim

breakfast...bihun...pas tu start kelas prof dr saedah.....sampai pukul 12.30tgh..

jalan-jalan tengok lab counseling tercanggih di asia....hebat!!!!

makan tgh hari ayam goreng....

rehat solat....

kelas ustaz khairi pulak.....

sampai pukul 4.30 petang..

balik....



ini gambarnya......







Wednesday, July 22, 2009

selamat datang / welcome /ah lan wa sah lan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua.....

Sekalung ucapan terima kasih diatas kesudian untuk singgah ke blog SPADA saya.

Wednesday, July 15, 2009


Inilah Universiti Sains Islam Malaysia
tempat aku dan rakan-rakan SPADA memburu impian...sekalung harapan...... dan segunung cita-cita...... untuk mengapai sinar kejayaan...diiringi doa restu..

class of spada 2009


kelas kami seramai 23 orang pelajar sahaja.......
13 lelaki dan 10 perempuan..
13 guru dan 10 bukan guru...

kelas 4 hari je.....
isnin... kelas agama dan pemulihan oleh ustaz mohd khairi....
selasa... kelas prof saedah subjek kaunseling....
rabu... subjek farmakologi diajar oleh 7 orang doktor dari ukm ....
khamis.... subjek isu-isu penagihan di malaysia oleh ketua program dr abd halim...
jumaat... intership 1...biasanya buat kat gerik je...ikut arahan/tugasan yang diberi..

pada hari khamis 16 julai....kelas professor james......satu pengalaman baru pensyarah pelawat dari boston usa.....tetapi lepas en. halim bagi tugasan....dan membenarkan kami dismiss............ terus plan untuk balik rumah kat kampung...gerik...taman beringin..

Tuesday, July 14, 2009

bersama classmate azhari...


sebenarnya aku telah ambil banyak gambar di spada tapi tak sempat nak upload lagi......tunggu...

Sejarah.....

Pada bulan Mac 2009 yang lalu...
aku diberi surat siaran tentang diploma siswazah dalam penyalahgunaan dadah....
pada mulanya aku menganggap ianya hanya makluman sahaja tetapi bila diteliti syarat dan termanya iaitu cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa....
hatiku pula berdetik...
apakah ini satu peluang yang baik...untuk aku mencuba,
setidak-tidaknya aku telah mencuba....
walau bagaimana pun pihak pentadbiran menunjukkan reaksi yang positif meminta aku memohon kursus ini...
bersambung episod seterusnya....................

My Achivement...

13 Julai....diberi kepercayaan untuk memegang jawatan timbalan penghulu...satu amanah.


16 Julai....
di beri tugas menguruskan aktiviti lawatan ilmiah ke utara...satu tanggungjawab.


22 Julai....
dijemput menghadiri majlis perasmian seminar media dan pemikiran islam kebangsaan di equatarial hotel bangi...satu penghormatan kepada pelajar spada (terutama Geng Rumah Sewa...)



23 Julai...
Kelas Professor Dr. James F Scorzelli visiting lecturer from northeast university, Boston, USA...menjadi sukarela untuk sesi councelling in fully english...(pengalaman baru bersesi dengan foriegn councellor)



31 Julai...


1. Mengacarakan sesi majlis penutup dan penyampaian cenderamata dan sumbangan kepada Pihak Pengurusan GEHA BODHI...(Pengalaman baru dalam pengacaraan...)


2. Mewakili Ketua Program Lawatan Ilmiah untuk menandatangani buku pelawat di Pusat Komuniti AADK Kuantan...(sejarah baru tercatat di sini diabadikan...)



3. Mengadakan sesi ramah mesra dengan seorang pelatih di PK AADK dari FELDA CHINI 2 ....... pengalaman baru dgn org felda)