Friday, August 28, 2009

Kajianku....

28 ogos
9.30 pagi
dengan niat untuk membuat kajian tentang tahap kesedaran terhadap penyalahgunaan dadah di tempatkerja dalam organisasi/institusi..........

abang tolong beli ikan baung dan timun untuk masak berbuka nanti...itulah pesanan terakhir yang ku dengar sebelum ku melangkah ke luar rumah...

aku terus ke kedai photostat untuk xerox borang soal selidik sebanyak 50 set....sampai dikedai...tutup lagi....amboi 9.30 pagi belum buka lagi...hebat gerik la ni. pukul berapa buka...

aku terus ke market untuk beli apa yang dipesan tadi....dah beli semua..sambung balik kerja di kedai photostat tadi...semuanya rm10 cikgu...ok..tk..

sasaran pertama ku ialah TM so aku park kereta mem aku kat tepi TM terus masuk dan jumpa staff di kaunter dukacita dimaklumkan pegawainya telah meninggal yang ada hanya pemangkunya sahaja...ok lah janji boleh jumpa...setelah sesi perkenalkan diri selesai maka sesi interview pun bermula tengah-tengah interview ada org panggil dia ada hal kat kaunter so diganti oleh ABIDAH...setelah selesai....terus ke TNB....ok very profesional session...pastu pegi Tabung Haji...agak kalut sebab ramai orang tapi matlamat berjaya...

PTK...

27 ogos
10 orang pelajar spada menduduki ptk (cikgu semua)...ada yang p1 umum & khusus ada yang p2...p3 tak pasti..tapi Tok Penghulu dah ambil awai lagi selasa 25 ogos yang lalu..tapi dg44 punya...otai..tu...

semoga semua berjaya dapat 4 lah ye...berkat ramadhan tahun ni...

Tuesday, August 25, 2009

toksitsiti....tutoran 3....

26 ogos
9.30 pagi
kuliah farmakologi... oleh Dr. Azman...agak menarik cuma sangat teknikal...terutamanya persamaan dan graf...aku cuba untuk memahami....perlu lebih faham agar tutoran 4 nanti mudah dijawab....tq Dr...

2.30 ptg---tutoran 3 semoga dapat yang terbaik....amin.....

Dr. Nur Azlina kembali mengawasi kelas tutoran....line clear....

3.00ptg---keputusan dah diketahui pada mulanya aku dapat 8 je...frust jugak pasal target 10...luckyly masa semak ada pembetullan...akhirnya capai juga target....yakin boleh...buat rakan-rakan teruskan usaha...yang baik itu dr Allah...kita harus menerima kelemahan diri kita seadanya kita hanya hambaNya...

MET....

25 ogos
9.00 pagi

kelas prof saedah...kaunseling khas untuk penagih dadah...
memandangkan nota dan rujukan dalam bahasa inggeris maka semua kena baca dalam english---
bakat-bakat terpendam sebagai pembaca berita tv2(english version)tv3 (night line)...
apa pun semua ok b.i kbsm/kbsr.reading skills---lulus.

2.00ptg---rakaman sesi kaunseling individu....menarik dimana baru belajar bagaimana mengendalikan client secara individu...gabra jugak...control depan kamera...ewahhh.

3.30 ptg---kelas ganti en. abd halim---pasal modul---pasal intership 1- work place--quentionaire....esok kelas pukul 9.00 pagi...

FORUM ANTARA AGAMA: SATU ANALISIS...

24 ogos
9.00 pagi
dewan spada
3 ahli panel

program forum antara agama telah diadakan di spada, wakil dari agama hindu dr.balakrishnan, agama buddha en. tan dan mr. elvie mewakili agama kristian...

mc--boss spada dan pn. marzita--doa ustaz mohd khazani--aku moderator--dan semua ajk yg menjayakan forum ini...

program berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan seperti yg dirancangkan....
jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan dan penasihat program ustaz muhammad khairi bin mahyuddin juga berpuas hati dengan program yang dijayakan ini. tahniah semua....

Selamat Menyambut Ramadhan....

22 ogos ---1 Ramadhan 1430 Hijrah

Syaaban berlalu....kini Ramadhan menjelma...diawalnya kebebasan dari api neraka pertengahannya keampunandan penghujungnya seribu Rahmat.....

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SPADA 2009...
SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI MEMBERI SUMBER KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN DAN CABARAN YANG MENDATANG...AMIN.

khabarnya...ketua program dikuarantin......

En Abd Halim Mohd Hussin---Ketua Program SPADA telah diarahkan untuk tidak bertemu orang ramai kerana keadaan kesihatan yang tidak memuaskan...

Kami warga spada amat dukacita dengan khabar ini dan kami semua mendoakan semoga ketua program akan cepat sembuh dan boleh kembali semula ke spada, khususnya dan usim umumnya..amin..

interkasi dadah....farmakologi kuliah 5

19 ogos
9.30 pagi
dr. Nur Azlina Mohd Fahmi menyampaikan kuliah tentang interaksi dadah....

2.30 petang--sesi pembentangan...Dr. Kamisah Yusof dan Dr. Norazlina Muhammad--juri profesional--aku jadi mc je--

1. mohd basiran
2.haslinda nur
3.ahmad nasrudin
4.hazlinda husin
5. malik abd muluk
6. zunita

sesi pembentangan berjalan lancar tapi agak menggerunkan aku sebab kena well prepared kalau tidak masak...

*************pengumuman kelas untuk esok batal.........

sesi fish bowl....hotnya bowl...

18 ogos
10.00 pagi
bilik kaunseling berkelompok
sesi kaunseling pertama: client--mohd rozi--kaunselor--azhari--prof saedah--penyelia kaunselor....
satu contoh sesi kaunseling individu yang agak menarik tetapi kes client agak serius maka prof saedah take over dr azhari....good lesson..my comment only..

sesi kaunseling kedua: client--basiran--kaunselor khas asmawati--tanpa penyeliaan---

satu sesi yang penuh emosi dimana client meluahkan perasaan dengan seikhlasnya tanpa rasa sangsi dan emosi in dikongsi bersama semua rakan yang berada dalam sesi ini....

tahniah kepada puan kaunselor puan.asmawati kerana telah berjaya menunjukkan satu contoh yang terbaik(bagi aku) dalam sesi kaunseling individu....wa caya lu...

sesi tambahan/extra: tanpa client dan kaunselor cuma moderator prof saedah...

sesi berkisar kepada muhasabah diri dan luahan perasaan semua rakan spada terhadap setiap aktiviti/program serta penglibatan semua dalam tempoh sebulan berada di spada ini.

sesi bertambah ini adalah satu usaha untuk menguatkan lagi hubungan antara sesama ahli spada dan diharapkan semua akan bertambah erat dan saling memahami antara 1 sama lain, sebagai timbalan presiden hanya yang terbaik diberikan dan sentiasa memberikan yang terbaik...segala kekurangan dan kelemahan itu amat dikesali dan akan berusaha untuk memperbaikinya lagi...

Monday, August 17, 2009

destinasi terakhir...

16 Ogos...
3.00 petang...kami tiba di simpang ke PRI1M....
naik van dan kereta...myvi dipandu oleh anak tuan guru...
tiba di sebuah banglow....tersergam indah...bagai satu semangat baru untuk meneruskan perjuangan...

harapanku...

dengan harapan yang begitu melangit
dengan harapan yang akan membanggakan
dengan harapan yang memberi seribu kenangan
dengan harapan yang begitu terindah kenangannya............
....
itulah ketentuannya.......punah...pedih....serik....

Wednesday, August 12, 2009

KITA KE UTARA PULA>>>

14 Ogos...
3.00 petang...

Warga SPADA akan ke Utara pula.................

Pasal H1N1.......sama-sama kita berdoa agar kita semua dilindungi.......
Semoga perjalanan kita pergi dan balik semuanya selamat...amin...:)

Second Test for Subject Pharmacology...

12 Ogos...

9.30 pagi...21 orang pelajar (Haslinda Husin and Amran absent)

Ujian kali ke dua subjek farmakologi....

Dr. Khamisah jadi pengawas dan pemeriksa...

10 soalan - 7 aneka pilihan sampai e dan 3 soalan hubungan....


Selepas 25 minit semua dah siap menjawab....

Keputusannya ramai yang kurang memuaskan....
Aku dapat 10/10 ...syukur Alhadulillah...akhirnya dapat juga markah penuh....
Sekalung Tahniah kepada Tok Penghulu Basiran yang masih menjadi best student dan Hairi yang juga mendapat markah 10/10 pada test kali ini...
Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan....

Tuesday, August 11, 2009

test oh test.....

farmakologi----test---present----tutorial
laporan lawatan---baitul tubah---profil pelatih(anak bina)---kertas kerja program 3 hari 2 malam
laporan isu-isu penagihan----sekolah---komuniti--keluarga---tempat kerja---combat---prevent 09

6 Langkah untuk Memantopkan Aqidah...

1.Talqin - (pengajaran ilmu) tentang aqidah.

2.Hifz - (penghafalan) mengingati ajaran aqidah.

3.Fahm - (kefahaman) tentang ajaran aqidah.

4.‘Itiqad - (mengikat) dengan ajaran aqidah.
5. I’qan - (keyakinan) terhadap ajaran aqidah.

6. Tasdiq bihi - kebenaran mutlak terhadap ajaran aqidah.
****pastikan diingati supaya dapat dijawab dalam exam nanti....good luck!

H1N1 FEVER......

AWAS.....
MINGGU INI BANYAK KES INFLUENZA A H1N1 MELANDA NEGARA KITA ....

banyak nyawa yang terkorban yang muda yang kecil banyak menjadi mangsa...wahai pihak yang berwajib buatlah sesuatu agar virus yang melanda ini dapat dihapuskan dengan segera.......
ketika negara bergolak dengan pelbagai isu...jangan lah dilupakan rakyat kini dalam ketakutan....maut kian menghampiri..........

TAARUF SESSION AT MAIN CAMP

11 Ogos ...

6.00 pagi dah bangun...semangat nak pegi main camp.....

7.20 pagi bertolak dari Pandan Indah Campus....sempat tidor dalam bas lagi...he..he..

8.30 pagi sampai di Library USIM....terus ke tingkat 4 untuk
registration..dapat beg dari Centre For Graduate Studies...

Taklimat oleh Dean of CGS Yang Berbahagia Professor Dr. Bachok M Said...

Ucapan perasmian oleh Timbalan Naib Censelor (Akademik dan Antarabangsa) USIM.

Head of SPADA Programme pun datang Dr Abd Halim...

Sesi bergambar dengan perasmi...

Minum pagi..

Sesi taklimat oleh Prof Bachok tentang academic writing / research...

Sesi taklimat oleh Jabatan Imigresen...

Makan tengah hari...

Balik ke usim pandan indah semula...

Monday, August 10, 2009

VICTORY HOUSE....

10 ogos...

2.00 ptg bertolak dari usim

3.30 ptg baru sampai di Semenyih...sesat tak tau jalan ....

Aturcara lawatan:

sesi taklimat... bersama wakil pengurusan rumah victory.


sesi soal jawab....

sesi ramah mesra dengan penghuni...

sesi lawatan yang wajib bilik detox...gereja tempat worship...

kebun sayur...

penyampaian cenderamata dan sedikit sumbangan ikhlas dari SPADA, USIM...
oleh tok penghulu...yang sentiasa maintain...dan last sekali sesi bergambar.



Gambar kenangan bersama Mr. Willy, Pengetua Victory House.



Wednesday, August 5, 2009

PT FOUNDATIONS.....

6 Ogos.....
9.00 pagi berkumpul di USIM Pandan indah...

Bertolak ke Kuala Lumpur...naik coaster USIM dipandu oleh En. Khair...


Kenangan dengan Hairi....Gerik Mali...ho yeh!



mula-mula pergi ke PT FOUNDATIONS.....macam biasa mesti sesat dulu baru jumpa...

taklimat tentang hiv aids oleh en Manis




disambung pula oleh MR. CLAYTON..... tentang PT Foundation dan informasi tentang masalah aids di malaysia...





kemudian terus ke RUMAH IKHLAS....drop in centre for drug user....

taklimat oleh En. Kamaruddin dan En. Zulkifli...



kembali semula ke spada usim pandan indah campus......tersaNGAT LAH
PENATNYA.....

Sunday, August 2, 2009

first test farmakologi...

5 ogos 2009
2.30 petang
bilik kuliah
12 orang pelajar
telah menduduki ujian pertama dalam farmakologi....
dr. norliza jadi pengawas dan pemeriksa...
10 soalan - 7 aneka pilihan sampai e dan 3 soalan hubungan....
selepas 10 minit semua dah siap..
keputusannya aku dapat 8/10...
syukur dan rasa lega serta ingin mencuba lagi pada ujian yang akan datang kalau boleh nak rasa dapat 10/10....
tahniah kepada tok penghulu Basiran , wong dan lan yang mendapat markah tertinggi 9/10 pada test kali ini sekian dulu...jumpa lagi..

LAWATAN ILMIAH KE PANTAI TIMUR

kenangan di dalam bas...bersama azahari..untuk ke GEHA BODHI...



kenangan di papan tanda ke Geha Bodhi...










sesi mendengar taklimat dan testimoni dari pengurus dan penghuni Geha Bodhi...










kami kumpulan fan..tas..tic..4 sedia beraksi...









Lawatan ke Pusat Khidmat AADK Kuantan pule...bersama penghulu...khusyuk mendengar taklimat daripada pegawai AADK Kuantan Pn.Ainun.